Wednesday, June 23, 2010

Senyum Pagi

BEDUL seorang budak yang baik, baru berumur 6 tahun.Bapak dah tak ada, tinggal emak dan abang-abangnya saja.Suatu hari emak Bedul sakit, lalu disuruhnya Bedul pergi ke kedai singse (kedai ubat Cina) untuk belikan ubat. Mak Bedul pesan, jangan lupa tanya harga sekali supaya senang lain kali kalau nak beli. Maka tabit cina itu pun bagi ubat pil untuk emak si Bedul makan.Kata singse, makan 2 biji, 3 kali sehari, harganya 8 ringgit.

Kerana takut lupa, Bedul sebutkan banyak kali semasa balik ke rumahnya. Sambil berjalan Bedul menghafal ....2 biji, 3 kali, 8 ringgit,2 biji ,3 kali, 8 ringgit,2 biji, 3 kali, 8 ringgit....

Tiba-tiba Bedul terlanggar batu,tertiarap di atas tanah. Nasib baik ubat itu tak terabur.Si Bedul pun bangun dan mengibas-ngibas kotoran yang melekat pada bajunya.Tak ada apa-apa luka, si Bedul pun berjalan balik sambil menyambung pesanan singse Cina tadi...8 biji,3 kali, 2 ringgit, 8 biji, 3 kali, 2 ringgit, 8 biji, 3 kali, 2ringgit...

Keesokan harinya, Bedul menjadi anak yatim piatu. Kesian dia.....

Tuesday, June 22, 2010

World Cup 2010

Salam

Gol..!Gol...........!!!

Sorakan penyokong menggamatkan stadium tempat berlangsungnya perlawanan bola sepak bertaraf dunia.Bukan hanya di stadium sahaja bahkan di kedai-kedai mamak,di restoran-restoran juga di setiap kediaman  
jeritan GOL! menggamatkan keheningan maghrib,isyak dan dinihari.

Piala dunia mengurangkan serba sedikit aktiviti berjemaah di surau atau di masjid demi memastikan setiap saat sepakan para pemain pasukan yang disokong tidak terlepas kerana siaran secara langsung (live) amat-amat berharga berbanding solat yang bakal ditinggalkan pada waktu maghrib tersebut.

Itulah penangan bola sepak pada masyarakat kita, kerana sebiji bola tergadai satu ibadat yang takpasti boleh diganti atau tidak.Itu kalau nak cerita bab ibadat belum lagi cerita dosa berjudi lagi.

Cubalah renungkan dan fahami masalah ini.

Thursday, June 10, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Majlis Sambutan Hari GuruTaski ABIM Teluk Intan dan Perjumpaan Keluarga ABIM Tk.Intan 2010


Sambutan hari guru bagi guru-guru TASKI ABIM Teluk Intan pada kali ini diadakan di Crystal Restaurant di Bandar Baru Teluk Intan. 



   Al Fadhil Ust. Hj. Abd. Aziz Musa                        
  Yang Di Pertua ABIM Teluk Intan

Penerima Cenderahati Sumbangan HELWA Teluk Intan


Cikgu Sha'ariah bt Hj.Dawam
Guru Taski Nurul Ain 
Taman Manik


Cikgu Mardiana bt Abd. Hamid
Guru Taski Nurul Iman
Jalan Selat Teluk Intan


Cikgu Mariani bt Marzuki
Guru Taski As Saadah
Kampong Ayer Hitan



Para tetamu yang diraikan

Segala yang dirancang alhamdulillah berjaya.Kehadiran para tetamu kali ini amat membanggakan.Insyaallah kita harapkan program-program akan datang mendapat sambutan sebegini.

Tuesday, June 8, 2010

Embahku

Surah Al Fatihah

Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat.Rasulullah s.a.w.berfirman yang bermaksud:"tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah,"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah).

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah.Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan khalik.

Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: " Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-ku kepada separuh, dan bagi hamba-ku apa yang dipintanya..."

Hamba : Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam.

Khalik : Hamba-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba: Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba: Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah,dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba: Tunjukkilah jalan yang lurus.

Khalik: Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba: (iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,bukan (jalan) mereka murkai dan
             bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik: ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta.

                                                                        (Hadith riwayat Muslim,al-Tarmizi dan al-Nasa'i)

Monday, June 7, 2010

Dapatkan 5 melalui jalan 5



1. Banyakkan solat dhuha




2. Banyakkan solat Tahajud



3. Banyakkan membaca Al Quran



4. Banyakkan Bersedekah








5. Banyakkan berzikir
tanpa membuang masa, aku call kawan-kawan lama aku yang pernah bekerja di Hospital Teluk Intan.Seorang demi seorang terkejut dengan berita ini.Jam 8.30 malam aku terus start kereta meluncur pergi ke rumah Dr. Rama.

Sesampai aje di kawasan rumah Dr. Rama, aku lihat ramai orang sedang berkumpul di luar pintu pagar rumah beliau.Pada masa itu, aku nampak Dr. Azian dan Suami berada di situ.

" Macam mana bos keadaan Dr. Rama?", tanya aku dalam perasaan cemas.
" Polis telah hubungi keluarga Dr. Rama dan menantikan kedatangan mereka.Polis tak boleh pecah masuk tanpa kebenaran keluarga."Dr. Azian memberi penjelasan.

Aku menanti dengan penuh sabar, dan suspen.Aku lihat dari luar pagar rumahnya, nampak di dalam rumah suasana suram tanpa banyak cahaya.Jelas sekali tv masih on lagi.Menurut orang-orang di situ mereka melihat seseorang sedang duduk di sofa sambil menonton tv.

9.30 malam, polis mengambil keputusan untuk pecah masuk rumah Dr. Rama.Ini berikutan tiada seorangpun ahli keluarga Dr. Rama yang hadir pada malam itu, kemungkinan ada diantara mereka yang menghubungi pihak polis menyuruh agar polis masuk ke rumah Dr. Rama.

Penuh debaran aku tunggu di luar rumah sebab ramai polis berada di kawasan itu.

9.50 malam, mayat Dr. Rama dikeluarkan dari rumahnya diusung oleh pihak polis.Ternyata sahih Dr. Rama telah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini.

Pihak polis memberitahu bahawa Post Mortem akan dijalankan pada hari esoknya untuk mengetahui punca kematian Dr. Rama.Pihak polis tidak mengesyakki sebarang tanda pecah masuk orang luar ke rumah Dr. Rama.

Malam itu ternyata sudah perginya seorang sahabat yang aku kenal selama 7 tahun bekerja bersama di unit Bius HTI.Dalam usia Dr. Rama 49 tahun, beliau pergi dalam keadaan tenang tanpa seseorang berada di sisinya.

Ini kenangan aku untuk tatapan semua.

terima kasih

Saturday, June 5, 2010

selamat tinggal Dr. Rama

3.6.2010 (Khamis)

Jam 7.30 petang, aku baru pulang dari bersukan.Badan tengah berpeluh dan air minuman masih berbaki sedikit baik aku habiskan bacaan surat khabarku tadi.Hampir 15 minit lepaskan lelah akupun terus mencapai tuala mandi terus ke bilik air.Sedang aku khusyuk memberus gigi, sayup terdengar bunyi deringan handphone aku.Aku berhenti memberus gigi terus meluru kehandphone ku, al maklumlah hari itu aku oncall.Belum sempat capai handphone terus sengap bunyi deringan tadi.
Bila kau semak ada 3 panggilan dari nombor yang tidak aku kenali.

Oleh kerana suspen, sebab bukannya panggilan dari hospital aku terus mendail nombor tersebut.Panggilan aku disambut oleh seorang wanita yang pastinya aku kenal suaranya.
"Jeeb, ko ada dapat berita tak?'si pemanggil membuatkan aku suspen.
"Berita apa, jam belum pukul lapan lagi!, sahut aku buat lawak bodohnya.
'Bukan berita itu la, kawan baik ko dah meninggal la', satu lagi suspen dari si pemanggil.
'Siapa yang meninggal,kawan aku ramai, jawab aku nak jawapan yang tepat.
'Dr. Rama la sahabat ko, meninggal seorang diri dalam rumah',jawab pemanggil tadi.
Berderau darah ku mendengar ucapan yang diterbitkan oleh sipemanggil.

------sambungan esok pulak----------------