Monday, September 13, 2010

Makanan di syurga

Alhamdulillah kini kita berada di bulan Syawal 1431 H.Masa berlalu terlalu pantas kini sudah 4 Ramadhan.Jamuan hari raya (open house) di merata tempat sehingga tak dapat nak penuhi setiap undangan.

Cerita bab makanan ini, dalam Majalah Solusi Isu 22 ada menceritakan tentang makanan disyurga.Makanan di syurga tidak seperti makanan duniawi yang jika disantap membawa kesan negatif.Alhi syurga boleh makan dan minum sepuas-puasnya tanpa pernah sakit perut dan tanpa perlu buang air besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum.Namun mereka tidak meludah,kencing,buang air ataupun mengeluarkan hingus."
Para sahabat bertanya:"Lalu apa jadi dengan makanan mereka?"
Rasulullah SAW menjawab:"Menjadi peluh yang berbau kasturi.Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas."(RIwayat Imam Muslin dari Jabir r.a)

Oleh sebab syurga merupakan negeri yang abadi, maka makanan syurgawi itu mengandungi sifat keabadian.Kalau sedikit makanan itu dimakan oleh penduduk di dunia ini, nescaya ia tidak akan berasa lapar lagi hingga ke akhir hayatnya.Dan meneriknya kes ini memang benar-benar berlaku.

Imam Tajuddin Ibn al Subki (w.771H) bercerita dalam kitabnya Tabaqat al- Syafi'iyyah al-Kubra (beliau menukilkannya daripada Tarikh Nisabur karya Imam Al Hakim) mengenai seorang perempuan yang suaminya baru sahaja mati syahid.Ia lalu bermimpiberjumpa dengannya di dalam syurga. Si suami memberi sedikit daripada makanan syurga yang disantapnya.Wanita itu berkata."Bentuknya seperti roti,namun warnanya lebih putih daripada salji dan susu.Rasanya lebih manis daripada madu dan gula.Lebih lembut daripada mentega dan samin."

Setelah terjaga daripada tidurnya,wanita itu berasa sangat kenyang.Dan sejak hari itu, ia tidak pernahberasa lapar dan haus lagi.Belaiu juga tidak pernah mengeluarkan najis hingga akhir hayatnya.

Semoga ianya menjadi pengajaran buat kita,insyaallah.

No comments:

Post a Comment