Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan 1431H

Assalamualaikum WBT

Ramadhan akan berlalu dalam beberapa jam lagi,sungguh sedih rasanya bila ramadhan pergi.Dalam sebulan berpuasa kita didik dengan pelbagai perkara rohaniah agar 11 bulan yang mendatang menjadi penghalang kita melakukan perkara-perkara yang dilarang.Ini saya pesan untuk diri dan juga tuan/puan yang membaca blog saya ini.

Di bulan ramadhan kita boleh menahan segala bentuk dan perkara yang boleh mencacat celakan ibadah puasa, tetapi bila syawal tiba habis pahala ramadhan sebulan.Ini yang kerap berlaku (sekali lagi pesanan buat diri dan mereka yang membaca blog ini).

Betapa nipisnya iman dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.Saya berpesan pada diri ini dan tuan/puan yang membaca blog ini agar jangan cemarkan syawal yang bakal tiba dengan segala bentuk maksiat yang boleh menyesatkan.Bila berkunjung rumah sanak saudara, sahabat handai bermaaf-maafan dan yang paling penting batas pergaulan antara mukhrim dan bukan mukhrim.Bila tiba waktu solat fardu hendaklah didahulukan kerana hari raya tahun ini 1431H kita akan ada 2 khutbah.Khutbah Hari Raya 1431H dan Khutbah Jumaat.

Mari kita berdoa agar amal ibadat kita di bulan ramadhan diterima dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala.Moga kita dapat bertemu semula ramadhan tahun depan Amin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H dari saya dan Keluaraga
Mohamad Najib b Misbah dan Keluarga

No comments:

Post a Comment